PERJANJIAN LESEN PERISIAN CANON PENTING Ini merupakan perjanjian undang-undang ("Perjanjian") antara anda dan Canon Inc ("Canon") dan menentukan penggunaan program perisian Canon oleh anda termasuk manual berkaitan atau apa-apa bahan bercetaknya ("PERISIAN") untuk mesin penyalinan, pencetak dan persisian berbilang fungsi ("Produk") Canon yang tertentu. BACA DENGAN TELITI DAN FAHAMI SEMUA HAK DAN PEMBATASAN YANG DITERANGKAN DALAM PERJANJIAN INI SEBELUM MEMASANG PERISIAN. DENGAN MENGKLIK BUTANG YANG MENANDAKAN PERSETUJUAN ANDA SEPERTIMANA YANG TERCATAT DI BAWAH ATAU DENGAN MEMASANG PERISIAN, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN INI, JANGAN MENGGUNAKAN PERISIAN. 1. PEMBERIAN LESEN Canon memberikan anda lesen peribadi, terhad dan bukan eksklusif untuk menggunakan ("menggunakan" seperti yang digunakan dalam perjanjian ini termasuklah menyimpan, memuat, memasang, mengakses, melaksanakan atau memaparkan) PERISIAN hanya untuk digunakan bersama Produk pada komputer secara langsung atau melalui rangkaian yang bersambung dengan Produk ("Komputer yang Ditetapkan"). Anda boleh membenarkan pengguna komputer lain yang bersambung dengan Komputer yang Ditetapkan anda untuk menggunakan PERISIAN, dengan syarat anda mesti memastikan bahawa semua pengguna sedemikian mematuhi terma Perjanjian ini dan akan tertakluk pada pembatasan dan tanggungjawab yang ditanggung oleh anda di bawah perjanjian ini. Anda boleh membuat satu salinan PERISIAN ini hanya untuk tujuan sandaran. 2. PEMBATASAN Anda tidak akan menggunakan PERISIAN melainkan seperti yang dibenarkan atau diizinkan oleh perjanjian ini dan tidak akan memberi, memberi sublesen, menjual, menyewa, memajak, meminjam, menyampaikan atau memindahkan PERISIAN kepada apa-apa pihak ketiga. Anda tidak akan mengubah, menterjemah atau menukar ke bahasa pengaturcaraan lain, mengubahsuai, menyahhimpun, menyahkompil atau sebaliknya menjurutera berbalik PERISIAN dan anda tidak akan membuatkan apa-apa pihak ketiga melakukan tindakan tersebut. 3. NOTIS HAK CIPTA Anda tidak akan mengubahsuai, mengeluarkan atau menghapuskan apa-apa notis hak cipta Canon atau pemberi lesennya yang terkandung dalam PERISIAN, termasuk apa-apa salinannya. 4. PEMILIKAN Canon dan pemberi lesennya mengekalkan pegangan hak milik, pemilikan dan hak milik intelektual dalam dan kepada PERISIAN dalam segala hal. Melainkan dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian ini, tiada lesen atau hak, jelas atau tersirat, disampaikan atau diberikan oleh Canon kepada anda untuk apa-apa hak intelektual Canon dan pemberi lesennya. 5. KAWALAN EKSPORT Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang, sekatan dan peraturan eksport bagi negara yang terlibat dan untuk tidak mengeksport atau mengeksport semula PERISIAN, secara langsung atau tidak langsung, sehingga melanggar apa-apa undang-undang, sekatan dan peraturan sedemikian, atau tanpa kelulusan yang diperlukan. 6. SOKONGAN DAN KEMAS KINI CANON, SYARIKAT SUBSIDIARI ATAU GABUNGAN CANON, PENGEDAR ATAU PERUNCITNYA MAHUPUN PEMBERI LESEN CANON TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PENYELENGGARAAN ATAU MEMBANTU ANDA MENGGUNAKAN PERISIAN, ATAU MENYEDIAKAN APA-APA KEMAS KINI, PEMBAIKAN ATAU SOKONGAN UNTUK PERISIAN KEPADA ANDA DI BAWAH PERJANJIAN INI. 7. PENAFIAN JAMINAN DAN LIABILITI [TIADA JAMINAN] PERISIAN DISEDIAKAN "SEPERTI SEDIA ADA" TANPA SEBARANG JAMINAN, SECARA JELAS MAHUPUN TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. SELURUH RISIKO BERKENAAN KUALITI DAN PRESTASI PERISIAN TERLETAK PADA ANDA. JIKA PERISIAN ROSAK, ANDA MENANGGUNG KESELURUHAN KOS BAGI SEMUA SERVIS, PEMBAIKAN ATAU PEMBETULAN YANG DIPERLUKAN. SESETENGAH NEGERI ATAU BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN JAMINAN TERSIRAT, MAKA PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA. JAMINAN INI MEMBERIKAN ANDA HAK UNDANG-UNDANG SPESIFIK DAN ANDA JUGA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUT NEGERI ATAU BIDANG KUASA. CANON, SYARIKAT SUBSIDIARI ATAU GABUNGAN CANON, PENGEDAR ATAU PERUNCITNYA MAHUPUN PEMBERI LESEN CANON TIDAK MENJAMIN BAHAWA FUNGSI YANG TERKANDUNG DALAM PERISIAN AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA ATAU PENGENDALIAN PERISIAN TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS RALAT. [TIADA LIABILITI UNTUK KERUGIAN] CANON, SYARIKAT SUBSIDIARI ATAU GABUNGAN CANON, PENGEDAR ATAU PERUNCITNYA MAHUPUN PEMBERI LESEN CANON TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KERUGIAN DALAM SEBARANG KEADAAN (TERMASUK TANPA BATASAN, KERUGIAN DALAM UNTUNG PERNIAGAAN, KERUGIAN DALAM BENTUK MAKLUMAT PERNIAGAAN, GANGGUAN PERNIAGAAN ATAU LAIN-LAIN KERUGIAN PAMPASAN, SAMPINGAN ATAU TURUTAN) YANG TIMBUL AKIBAT PERISIAN, PENGGUNAANNYA ATAU KETIDAKBOLEHAN PENGGUNAAN PERISIAN WALAUPUN JIKA CANON, SYARIKAT SUBSIDIARI ATAU GABUNGAN CANON, PENGEDAR, PERUNCIT ATAU PEMBERI LESEN CANON TELAH DINASIHATKAN AKAN KEMUNGKINAN BERLAKU KERUGIAN SEDEMIKIAN. SESETENGAH NEGERI ATAU BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG TIDAK MEMBENARKAN PEMBATASAN ATAU PENGECUALIAN LIABILITI UNTUK KERUGIAN SAMPINGAN ATAU TURUTAN, ATAU KECEDERAAN PERIBADI ATAU KEMATIAN AKIBAT KECUAIAN PENJUAL, MAKA PEMBATASAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA. [PELEPASAN LIABILITI] SEHINGGA TAKAT TERTINGGI YANG DIIZINKAN OLEH UNDANG-UNDANG BERKAITAN, DENGAN INI ANDA MELEPASKAN CANON, SYARIKAT SUBSIDIARI ATAU GABUNGAN CANON, PENGEDAR, PERUNCIT ATAU PEMBERI LESEN CANON DARIPADA SEBARANG DAN SEMUA LIABILITI YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN DAKWAAN BERKENAAN PERISIAN ATAU PENGGUNAANNYA. 8. TERMA Perjanjian ini berkuatkuasa apabila anda menerimanya dengan mengklik butang yang menandakan penerimaan seperti dinyatakan di bawah atau memasang PERISIAN dan kekal berkuatkuasa sehingga ditamatkan. Anda boleh menamatkan Perjanjian ini dengan menghapuskan PERISIAN termasuk sebarang dan semua salinannya. Perjanjian ini juga akan ditamatkan jika anda gagal untuk mematuhi apa-apa terma yang berkenaan. Apabila Perjanjian ditamatkan, selain Canon menguatkuasakan hak undang-undangnya, anda mesti menghapuskan PERISIAN dengan segera termasuk sebarang dan semua salinannya. Tidak termasuk yang disebut di atas, Bahagian 4, dan 7 hingga 11 masih akan terpakai selepas sebarang penamatan Perjanjian ini. 9. NOTIS HAK TERHAD KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT "Pengguna Akhir Kerajaan A.S." adalah bermaksud sebarang agensi atau entiti kerajaan Amerika Syarikat. Jika anda adalah Pengguna Akhir Kerajaan A.S., yang berikut akan diguna pakai: The SOFTWARE is a "commercial item," as that term is defined at 48 C.F.R. 2.101 (October 1995), consisting of "commercial computer software" and "commercial computer software documentation," as such terms are used in 48 C.F.R. 12.212 (September 1995). Consistent with 48 C.F.R. 12.212 and 48 C.F.R. 227.7202-1 through 227.7202-4 (June 1995), all U.S. Government End Users shall acquire the SOFTWARE with only those rights set forth herein. The manufacturer is Canon Inc./30-2, Shimomaruko 3-chome, Ohta-ku, Tokyo 146-8501, Japan. 10. KEBOLEHASINGAN Dalam keadaan apa-apa bahagian berkenaan ini diisytiharkan atau didapati menyalahi undang-undang oleh mana-mana mahkamah atau tribunal dengan bidang kuasa kompeten, bahagian tersebut akan batal dan tak sah berhubung dengan bidang kuasa mahkamah atau tribunal tersebut dan sebarang peruntukan yang lain berkenaan ini akan kekal berkuatkuasa sepenuhnya. 11. PERAKUAN DENGAN MENGKLIK BUTANG YANG MENANDAKAN PERSETUJUAN ANDA SEPERTIMANA YANG TERCATAT DI BAWAH ATAU DENGAN MEMASANG PERISIAN, ANDA MENGAKU BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA PERJANJIAN INI, MEMAHAMINYA DAN BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARATNYA. ANDA JUGA BERSETUJU BAHAWA PERJANJIAN INI ADALAH KENYATAAN PERJANJIAN YANG LENGKAP DAN EKSKLUSIF ANTARA ANDA DAN CANON YANG BERKAITAN DENGAN PERKARA BERKENAAN DAN MENGGANTIKAN SEMUA USULAN ATAU PERJANJIAN SEBELUMNYA, LISAN ATAU BERTULIS, DAN SEMUA KOMUNIKASI LAIN ANTARA ANDA DAN CANON YANG BERKAITAN DENGAN PERKARA YANG BERKENAAN. TIADA PINDAAN PADA PERJANJIAN INI AKAN BERKUATKUASA MELAINKAN DITANDATANGANI OLEH WAKIL YANG DIBERI KUASA OLEH CANON. Jika anda mempunyai soalan tentang Perjanjian ini, atau jika anda ingin menghubungi Canon untuk apa-apa sebab, sila tulis kepada subsidiari jualan atau pengedar/peruncit Canon, yang menyediakan khidmat di negara yang anda telah memperolehi Produk. No. I010G017560